Thursday, June 11, 2009

WaNiTa...WanItA...WaNita...

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis.Kami bertanya kepada beliau,"Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"Baginda menjawab,"Pada malam saya di Isra'kan ke langit,daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan maka bila teringatkan mereka saya menangis.Saya bertanya lagi,"Wahai Rasulullah,apakah yang tuan lihat?"Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya
sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah
kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung,diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya
serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-
nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli,buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari
rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit
dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis
seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku,cahaya mata kesayanganku...ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Wahai Fatimah,adapun tentang:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnay kerana dia tidak menjaga rambutnya
(dijilbab) dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan
kata-kata.
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya
melalui kata-katanya kecuali ALLAH akan membuatkan mulutnya kelak di Hari Kiamat
selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang
lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah
tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat
oleh lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong bandannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana
dia suka menonjolkan dirinya (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan
maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya
kerana melihat perhiasannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan
dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengejakan solat dan puasa
tetapi dia tidak mahu berwhuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang berkepala seperti kepala babi dan badannya seperti keldai
kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka
marah-marah pada suaminya.Dan ada di antara isteri Nabi-Nabi yang mati dalam
keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah
isteri manusia yang terbaik di zaman itu.Di antara sifat buruk mereka:
a)Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
b)Isteri Nabi Luth suka bertandang ke rumah orang.

Semoga ALLAH beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.Kalau kita berasa takut atau rasa perlu berubah.Maka kita kena khuatir,takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh ALLAH.

Diri inilah yang sebenarnya perlu bermuhasabah...Wallahualam...

No comments: