Thursday, April 30, 2009

Hakikat Seorang Insan Bergelar Wanita...

Suatu ketika seorang anak bertanya kepada ibunya,"Ibu,mengapa ibu menangis?"Ibunya kemudian menjawab pertanyaan anak kecil itu,"Sebab ibu adalah seorang perempuan nak...".Si anak yang langsung tidak memahami jawapan ibunya itu menjawab,"Saya tak mengerti,ibu".Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya pula,"Ayah,mengapa ibu menangis?".Ayahnya menjawab,"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan".Si anak semakin tidak memahami jawapan yang diberi oleh ayahnya itu.

Si anak membesar menjadi remaja dan dia tetap terus tertanya-tanya,"Mengapa perempuan menangis?".Hingga pada suatu malam si anak bermimpi dan dalam mimpi tersebut dia bertanya kepada Tuhan,"Ya ALLAH,mengapa perempuan mudah menangis?".Lalu ALLAH menjawab di dalam mimpinya...
"Saat KU ciptakan wanita,AKU membuatnya menjadi sangat utama.KU ciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,walaupun bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.KU berikan wanita kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimnya,walau kerap berulang kali menerima cerca dari si bayi yang dilahirkannya apabila is telah membesar.KU berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang berputus asa.KU berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih,sakit,penat tanpa berkeluh kesah.KU berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apa pun.Walaupun acap kali anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.Perasaan ini pula akan memberikan kehangatan pada anak-anaknya yang mengantuk menahan lelap.Sentuhan inilah yang memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.KU berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidag terkoyak?KU berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.Walau seringkali kebijaksanaan itu menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,sering melengkapi dan menyayangi.Dan akhirnya,KU berikan AIR MATA agar dapat mencurahkan perasaannya bila masa ia menginginkannya.Ini bukan kelemahan bagi wanita kerana sebenarnya air mata ini adalah 'Air Mata Kehidupan'...

Barulah kini si anak mengerti akan sebabnya mengapa wanita seringkali menangis dan agak sukar difahami oleh segelintir insan bernama lelaki...

Wednesday, April 29, 2009

BiLik TiDuR NaBi MuHamMad S.A.W.

Umar Al-Khattab adalah seorang sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w..Pada suatu masa Nabi Muhammad s.a.w. pernah tinggal seorang di di dalam biliknya selama sebulan.Bilik itu terletak di dalam kawasan Masjib Nabi di Madinah.

Umar pergi melawat Nabi Muhammad s.a.w. di dalm biliknya.Semasa Umar masuk,dia mendapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berehat.Umar meneliti sekitar bilik Nabi Muhammad s.a.w. tersebut dan Umar mendapati di dalam bilik itu ada tiga keping kulit binatang yang sudah disamak.Di suatu sudut pula Umar melihat ada sedikit beras barli.

Apabila Umar melihat keadaan bilik Nabi Muhammad s.a.w. tersebut,tanpa disedari airmatanya perlahan-lahan mengalir di pipinya.Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang duduk bersandar pada bantalnya bertanya kepada sahabat baiknya itu,"Mengapa kamu menangis wahai sahabatku?"

Umar mendapati lagi bahawa bantal yang menjadi alas sandaran Nabi Muhammad s.a.w. diperbuat daripada kulit binatang yang diisi dengan serat-serat kulit pokok kurma.Tikar tempat Baginda berbaring pu diperbuat daripada daun-daun kurma yang dianyam.

Umar menjawab pertanyaan Baginda Rasulullah sebentar tadi,"Bagaimana hati saya tidak sedih...Saya melihat kesan-kesan daun tikar lapik masih berada di belakang badanmu,wahai Rasulullah.Saya sedih melihat keadaan bilik ini.Mudah-mudahan Allah SWT memberi lebih banyak kemudahan kepadamu,wahai Rasulullah."

Kemudian Umar menyambung lagi,"Orang-orang Rumawi dan Parsi tidak menyembah Allah SWT tetapi mempunyai raja-raja yang hidup mewah.Mereka membeina istana-istana indah di tengah-tengah taman dengan anak-anak sungai mengalir di dalamnya.Tetapi engkau...walaupun engkau adalah utusan Allah,kehidupanmu serba miskin".
Rasulullah membalas kata-kata Umar,"Kalau di dunia mereka hidup mewah,keadaaan akan bertukar di akhirat kelak".

"Agama buat kehidupan akhirat,harta buat kehidupan dunia.Di dunia orang tidak
berharta berasa susah hati,tetapi orang yang tidak
beragama akan merasa lebih sengsara di akhirat nanti".
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq-

Tuesday, April 28, 2009

sATu kISAh pERcINtAAn yANG mENArIk...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik...
Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangi
dan menyintai sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh katakan abang
sayangkan dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkan sebabnya?
Suami : Betul,abang tak boleh terangkan sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang menyintai sayang...
Isteri : Sebabnya kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami,semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.Namun
begitu abang tidak boleh menerangkan kepada saya sebab mengapa abang
menyayangi dan mencintai saya.

Si suami menarik nafas panjang dan berkata...
"Baiklah...Abang menyintai sayang sebab sayang cantik...mempunyai suara merdu...penyayang...dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah,di situlah cinta abang bersama sayang...!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Nemun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.Surat itu diletakkan di sebelah kiri katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi...

"Sayang...jika disebabkan suara aku menyintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintai...Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau melangkah??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...

Jika cinta memerlukan sebabnya,seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi...Adakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!!Aku masih mencintaimu dari dulu,kini dan selamanya...Dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.Namun begitu ia boleh dirasai di dalam hati..."

"HAWA DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK ADAM...DEKAT DI HATI UNTUK DISAYANGI...DEKAT DENGAN TANGAN UNTUK DILINDUNGI...BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIAGUNGI...DAN BUKAN DARI TAPAK KAKI UNTUK DIHINAKAN..."

Monday, April 27, 2009

MaLu CeRmiN PerIBaDi...

Setiap wanita dikurniakan dengan sifat malu,kerana sifat wanita tahu menjaga kehormatannya...kerana sifat malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya...dan kerana malu juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu syaitan...

Kini,si wanita sudah hilang malunya kerana hilang MALU itu,TERDEDAHLAH AURATNYA LANTAS KEHORMATAN DIRI TERGADAI...kerana hilang sifat MALUnya,si wanita GAGAL MENILAI APA ITU HARAM DAN APA ITU HALAL...kerana hilang sifat MALUnya,si wanita itu LEMAS DAN HANYUT DENGAN TIPU DAYA NAFSU...

Setiap lelaki juga dikurniakan sifat MALU oleh ALLAH SWT.Kerana sifat MALU si lelaki SENTIASA MENASIHATI DIRI DAN SI WANITA TENTANG BATAS-BATAS SOSIAL PERGAULAN...HALAL dan HARAM ITU SENTIASA BERINGAT-INGAT...kerana MALU juga si lelakiMENJAGA DAN MENDIDIK NAFSUNYA.JANGAN sesekali mengajak si wanita berbuat DOSA,selalu mengingatkannya dengan "TAKUTLAH AKAN ALLAH".

Kini si lelaki sudah hilang sifat MALUnya.Kerana hilang sifat MALU itu,maka SI LELAKI MENGAJAK WANITA UNTUK BERBUAT MUNGKAR...kerana hilang MALUnya si lelaki juga LUPA TENTANG HUKUM ALLAH... dan kerana hilangnya sifat MALUnya juga si lelaki MUNGKIN HILANG TARAF KHALIFAHnya.

Sabda Rasulullah s.a.w.,"SESUNGGUHNYA MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN".
Wahai insan yang bergelar WANITA dan LELAKI,JANGANLAH MENZALIMI DIRI SENDIRI dengan meletakkan MALU bukan pada tempatnya.

* Malulah kepada ALLAH SWT kerana ingkar akan suruhanNYA...
* Malulah kepada Rasulullah s.a.w. kerana meninggalkan Sunnahnya...
* Malulah kerana lupa dan malas membaca Al-Qur'an...
* Malulah kerana melawan kata-kata ibu bapa...
* Malulah atas DOSA YANG SERING DILAKUKAN!!!

~ Maka percayalah bahawa sifat MALU itu akan menyelamatkan kita daripada Fahsyar Walmungkar!!!~