Friday, August 28, 2009

InDahNya RaMadhAn...

Keistimewaan Ramadhan...

1. Pintu-pintu syurga dibuka.
2. Pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
3. Semua syaitan dibelenggu.
4. Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.
5. Syurga-syurga dihiasi untuk orang yang berpuasa.
6. Pahala orang yang berpuasa dilipatkaligandakan sehingga 700 kali ganda.
8. Orang yang tidur(sekadar rehat) dianggap ibadah.
9. Orang-orang yang berpuasa doanya mudah dimakbulkan.
10. Bau mulut bagi orang yang berpuasa itu adalah wangi disisi ALLAH sepertimana
haruman kasturi.
11. Orang yang berpuasa itu diberi dua kegembiraan daripada ALLAH iaitu gembira
ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan ALLAH kelak.
12. Orang yang berpuasa itu dikurniakan sifat kesabaran melebihi dari bulan-bulan
yang lain.
13. Orang yang berpuasa itu rezekinya dimurahkan.
14. Perasaan kasih sayang akan lebih di bulan Ramadhan.
15. Al-Qur'an diturunkan dan kitab-kitab samawi yang lain.
16. Adanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu "Lailatul Qadr".

AhLan WaSaHLan Ya RaMadhAn Al-MuBarAk...

Alhamdulillah dan jutaan syukur kupanjatkan untukMU,Ya ALLAH atas segala kurniaan yang telah ENGKAU kurniakan padaku...
Alhamdulillah,terima kasih kuucapkan kerana KAU masih memberiku kesempatan untuk bersama menikmati Ramadhan yang mulia pada kali ini...
kumengharapkan semoga Ramadhan kali ini dapat kutempuhi dengan penuh ketakwaan dan kekusyukukan bermunajat kepadaMU...
Ya ALLAH...hati ini sering mengharapkan moga ada ruang untuk diriku mengisi Jannah-MU suatu masa nanti...tapi betapa malu rasanya diri ini bila terkenangkan segala dosa-dosa yang pernah,sedang mahupun yang akan aku lakukan...
Ya ALLAH..ku mohon keampunanmu atas segala dosa dan noda yang telah kulakukan...ku sedar diri ini tidak layak untuk menempati Jannah-MU tapi Ya ALLAH,jangan KAU biarkan sesat tanpa bimbingan dan panduanMU untuk meneruskan liku kehidupan yang masih terlalu jauh dihadapanku...
Harapanku semoga Ramadhan kali ini menjadi penebus pada segala dosa-dosaku...dan ku memohon jutaan ampunan dariMU Ya ALLAH...