Saturday, May 21, 2011

PerLuKah BerJanJi SeHiDup SemaTi?

Bismillahirrahmannirrahim...

Ramai pasangan kekasih (suami isteri ) berazam dan mengikat janji untuk hidup dan mati bersama .
Azam mereka membayangkan betapa utuhnya kasih sayang mereka seolah olah hanya maut yang mampu memisahkahkan mereka.Namun pernahkah mereka memikirkan kasih sayang suami isteri itu akan kekal hingga ke akhirat?

Persoalan ini seringkali bermain dalam fikiran Ummul Mukminin Saiditina Aisyah ra iaitu isteri kepada Insan Agong Rasulullah saw.Satu situasi yang amat mengusik jiwa seperti yang pernah digambarkan oleh cucunda Nabi saw iaitu Hassan ra katanya:”Pada suatu ketika ,Rasulullah saw sedang berbaring dan kepalanya diletakkan di atas ribaan isteri kesayangan baginda iaitu Aisyah ra,lalu Rasulullah saw terlena dalam belaian Aisyah ra.

Aisyah ra merenung wajah Rasulullah saw dengan penuh kasih sayang ,bercampur dengan rasa hormat yang amat tinggi terhadap Rasul utusan ALLAH SWT kepada umat akhir zaman.

“Aisyah ra bangga kerana telah ditakdirkan ALLAH SWT menjadi isteri kepada seorang Rasul terakhir dan pastinya tidak ada nabi lagi selepas ini .

Tiba tiba hati Aisyah ra dilanda kesayuan kerana memikirkan suatu hari saat bahagianya bersama kekasih hatinya iaitu Rasulullah saw pasti akan dipisahkan oleh kematian. Timbul persoalan dalam hatinya bagaimanakah nasibnya di akhirat kelak,adakah dia akan terus bersama Rasulullah saw sebagai suami isteri diakhirat kelak atau bagaimanakah nasibnya nanti? Hanya ALLAH SWT jua yang Maha Mengetahui.

Seandainya di dunia ini, dia dapat bermanja dengan insan yang bertaraf kekasih ALLAH SWT , namun akhirat nanti adalah satu alam yang amat berbeza dengan kehidupan di dunia. Mampukah dirinya berjalan seiring tidak kira ketika susah dan senang di sisi suami yang dicintainya iaitu Rasulullah saw,di akhirat nanti. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.

Sekalipun dirinya digelar Ummul Mukminin , Aisyah ra tidak mengetahui akan nasibnya pada ketika itu.Aisyah ra berfikiran begitu kerana terdapat banyak kisah di dalam Al Quran , bagaimana suami isteri tidak dapat bersama di akhirat kelak. Ada suami yang menjadi penghuni syurga dan isterinya pula menjadi penghuni neraka seperti kisah yang telah tercatat di dalam Al Quran bagaimana isteri Nabi Luth as yang di campakkan ke neraka kerana keingkarannya terhadap perintah ALLAH SWT manakala Nabi Luth as hidup berbahagia di syurga ALLAH SWT. Terdapat juga isteri yang menjadi penghuni syurga manakala suaminya tercampak ke neraka ALLAH SWT seperti kisah Firaun dan isterinya Asiah.

Ketika memikirkan semua ini, hati Aisyah ra tiba tiba dilanda rasa hiba yang amat sangat , tanpa disedarinya airmatanya melimpah dari kelopak matanya, mengalir membasahi pipinya dan gugur beberapa titisan ke wajah Rasulullah saw , menyebabkan baginda terjaga dari lenanya. Baginda merasa terkejut melihat Aisyah ra menangis lalu Rasulullah saw bertanya kepada Aisyah ra:

“Mengapakah engkau menangis wahai Aisyah ?

“Dalam esak tangisnya Aisyah menjawab aku terkenang sewaktu tibanya hari akhirat kelak, di manakah aku pada ketika itu,adakah suamiku iaitu Rasulullah saw akan
menginati aku di saat itu?"

Apabila mendengar rintihan Aisyah ra ini Rasulullah saw bersabda:” Bagaimanakah manusia hendak mengingati suami atau isteri,ibubapa atau anak yang amat dikasihinya ketika di dunia ini kerana ketika mereka berada di Padang Masyar nanti dan menjalani proses timbangan amal,sewaktu diserahkan catatan amalan dan juga ketika melintasi titian shirot merupakan saat yang amat cemas . masing masing hanya memikirkan diri sendiri bagaimanakah untung nasib diri sendiri.Berjayakah melalui semua rintangan atau kecundang di tengah jalan dan menghadapi siksaan yang amat sangat kecualilah mereka berjaya melepasi semua rintangan dan selamat berada di dalam syurga ALLAH SWT.”

ALLAH SWT telah menetapkan takdir hidup manusia ini mempunyai kesudahan yang berbeza hanya iman dan taqwa jadi penentu. Hakikatnya , tak perlulah berjanji untuk sehidup semati kerana belum tentu lagi kita akan dapat hidup bahagia di syurga bersama sama.Jadikan dunia ini untuk mendapatkan kehidupan yang terindah di akhirat kelak walaupun hanya bersendirian kerana di syurga nanti pasti cahaya kebahagian sedang menunggu mereka yang sentiasa patuh kepada Allah SWT.

* Sekadar peringatan bersama...Wallahualam...