Friday, November 14, 2008

AiNuL MarDhiAh...


Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari yang lain.Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi targhib (berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad ke jalan ALLAH),baginda berkata sesiapa yang keluar di jalan ALLAH tiba-tiba ia syahid,maka dia akan dianugerahkan bidadari paling cantik di kalangan bidadari syurga.Mendengar berita itu,seorang shaabt yang usianya sangat muda teringin sangat mengetahui bagaimanakah cantiknya bidadari syurga tersebut?Namun dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun,dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar.Sebelum Zohor,sunnah nabi akan tidur sebentar,maka sahabat yang tadi juga turut bersama jemaah tadi,tidur bersama-sama.Dalam tidur tersebut,dia bermimpi di satu tempat yang sungguh indah,dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantikdan muka berseri-seri lalu ditanyanya tempat dia berada.Lalu orang itu menjawab,inilah syurga.Lalu lelaki itu menyatakan hasratnya untuk berjumpa Ainul Mardhiah.Lalu ditunjuknya satu arah maka berjalanlah dia.Di suatu pepohonbeliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihatnya kecantikan sebegitu di dunia ini.Lalu diberi salam dan dia bertanya,"adakah anda Ainul Mardhiah?" wanita itu menjawab "bukan,saya khadamnya.Ainul Mardhiah ada di singgahsana."
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi.Lalu diberi salam dan dia bertanya lagi "adakah anda Ainul Mardhiah?"Lalu wanita itu menjawab " bukan,saya hanya khadamnya.Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana."
Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu.Kecantikannya sungguh mengagumkan.Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan yang kedua tadi dan tidak pernah dilihatnya di dunia.Lalu wanita itu menjawab,"Akulah Ainul Mardhiah..Aku diciptakan untukmu dan kamu diciptakan untukku".Apabila lelaki itu mendekatinya,wanita itu menjawab " nanti!kamu belum syahida lagi".Tersentak pemuda itu lalu terjaga dari mimpinya lalu diceritakannya kepada satu sahabat lain.Namun begitu,dia memesan agar jangan menceritakancerita itu kepada Nabi Muhammad S.A.W.,tetapi sekiranya dia syahida barulah diceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid.Pada waktu hendak berbuka puasa,semua jemaah sedang menunggu makanan untuk berbuka.Maka pemuda yang mendengar cerita sahabat yang syahida tadi telah bangun dan merapati Nabi dan menceritakan perihal sahabat yang syahid tadi.Ketika dia menceruitakan,Nabi menjawab benar...benar...benar... sepanjang cerita tersebut.Akhirnya Nabi berkata "memang benar cerita sahabat tadi dan sekarang dia sedang berbuka puasa di syurga"...SUBHANALLAH!!!!!!!

Tuesday, November 11, 2008

Ya ALLAH...Permudahkanlah segala urusan kami...



" ya ALLAH ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMU. Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat RasulMU. Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMU..Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidah tahu tentang ilmuMU..Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMU..Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMUlah kami akan kembali.."
" ya ALLAH engkau lancarkanlah mata pena kami, Engkau ilhamkan sesuatu yang tidak kami ketahui, Engkau kembalikanlah ilmu yang telah kami pelajari tatkala kami memerlukannya, Kau kurniakanlah ketenangan di hati kami ya ALLAh, Engkau permudahkanlah urusan kami, urusan duniawi dan ukhrawi kami ya ALLAH. Hanya kepadaMU sajalah tempat kami memohon pertolongan dan kami letakkan rasa kebergantungan. Kami berserah dan bertawakal hanya kepadaMU ya ALLAH. Ya Rabbi perkenankanlah doa kami."
AMIN YA RABBAL ALAMIN

ma'an taufiq wannajah lil imtihan..

Saturday, November 1, 2008

JiHad AkaDeMik.....



bismillahhirrahmanirrahim....

hemm....rindunya ngan sahabat sahabiah semua....
yelah..skrg ni smua tgh b'jihad m'ulangkaji pelajaran...esok dah start paper..
mohon maaf atas segala kesilapan.....
n masa tuk jumpa n story2 pun xda...susah nk cari masa t'luang...
hemm...rindu nak adakan usrah ngan sahabiah semua...rindu sgt3........
rasa sunyi bila sorang2 kt bilik ni...bila lg t'ingatkn sahabiah2 smua lg lah b'tambah rindu..
nk sgt kita kumpul mcm selalu tp keadaan n masa x membenarkan...
ape pun....doa ku sentiasa b'samamu sahabat sahabiah ku yg ku sayangi kerna ALLAH SWT......
walaupun dah jarang jumpa tp ukhuwah tetap t'jalin...
gud luck 4 final exam dat will coming tomorrow...
hope we will success in our exam n in our life...
there's nothing we want.....just 2 STRIVE FOR MARDHATILLAH ALLAH SWT!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 21, 2008

SaLam PiliHanRayA KamPuS 08/09



kini tiba lagi saat yg sering dinanti2kan oleh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh universiti di pelosok malaysia ini...begitu jugalah di universiti malaysia sabah,kampus antarabangsa labuan (kal)...walaupun ianya hanyalah sebuah kampus cawangan yg sangat kecil pada pandangan fizikal manusia yg cukup cetek pemikirannya...
pilihanraya kampus (PRK) 08/09....
debaran dan bahangmu mula terasa walaupun ianya tidaklah sehebat bahana yg sedang melanda di universiti2 lain di semenanjung malaysia...
buatmu sahabat sahabiah ku yg ku sayangi kerna ALLAH...kuatkan semangat dan teruskan perjuanganmu di medan PRK 08/09 ini demi matlamat yg 1 iaitu demi untuk melihat ISLAM tertegak di bumi fana ini amnya dan khususnya di bumi KAL ini...idea dan semangatmu amat diperlukan di kampus ini...
kepada akhi abdillah,akhi haryadie,ukhti qatrun nada n didi...........sentiasa perbetulkan niat dan kuatkan semangatmu....yakinlah dengan janji Allah...jangan risau kerna kami sentiasa di belakang antum semua terus m'berikan sokongan demi sokongan...semoga beroleh kemenangan yg diimpikan demi ISLAM tercinta...dan semoga dapat m'jalankan amanah dengan sebaik2nya...takbir..Allahuakbar!!!!!!!!

Sunday, September 14, 2008

diAri SeoRanG MusLiMah..



Duhai muslimah...
dirimu sehalus dan selembut ciptaan...
dihiasi kelembutan dan sifat keibuan...
takut dan malu pendinding diri..
tiada diberi pada lelaki...
titisan airmatamu yang jernih...
membuktikan kehalusan fitrah duniawi...

Duhai muslimah..
tabahkan hatimu menempuhi dugaan...
tenangkanlah dirimu dalam kesedihan...
redhailah segala ketentuan...
semua yang berlaku adalah suratan...
menguji keimanan setiap insan...
tanpa ujian tiada kekuatan...
kekuatan lahir dari dugaan...

Duhai muslimah...
usah menangisi setiap kesusahan...
usah melampaui dengan kesenangan...
usah berbangga dengan setiap kejayaan...
usah kecewa dengan kegagalan...
usah merungut setiap kejadian...
usah takbur dengan kesedihan...
usah malu dengan kekurangan...
kerana semua itu hanyalah ujian...
menguji seteguh mana keimanan...

Duhai muslimah...
pertahankan dirimu dari godaan syaitan...
menjerat manusia ke lembah kehinaan...
itulah sumpah syaitan di hadapan ALLAH...
membinasakan keturunan Adam dan Hawa habis-habisan.

ThAnX ALLAH...



15 Ramadhan 1429H,15 September 2008...

alhamdulillah n fully thank u 2 ALLAH SWT..b'coz at this buziest time HE gave me chance 2 create this blog at this calm morning...
actually..there r so many times that my frenz ask me when 2 do my own blog?
hemm..i want 2 do actually..but i have no time to create it..
actually,i was touch to create this blog since i saw my old frenz(especially x-kml student,batch 06/07) in others blog..i'm so happy when i saw them..i missed them so much...n i think this is the way that ALLAH give to me to make a contact with them owez...especially in  term of spreding the propagation of a belief(dakwah)...
i hope that this blog can be a medium for me n all my frenz to make something good n give the benefits to all who read it..
thanx to ALLAH...

salam ukhuwah fillah...salam ramadhan...salam perjuangan...