Thursday, March 12, 2009

KeTeNanGan PuNcA KeCeMeRLaNgaN......


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Secara psikologi, orang yang gagal mencapai ketenangan dalam hidup apatah lagi pada waktu-waktu dia sewajibnya bertenang,misalnya tatkala berada di sisi keluarga atau hendak membuat sesuatu keputusan-keputusan yang sukar atau relatenya ngan kite (student) time study or wat assignment, waima sedang sembahyang sekalipun menunjukkan dia berada dalam situasi "MANUSIA GAGAL"!!!

Bertenang itu tinggi nilainya. Sebaliknya marah-marah atau gelabah itu besar risikonya.Namun, bukan mudah hendak bertenang pada setiap masa lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan situasi yang mencabar maruah dan keegoan tertentu.Sedangkan untuk marah-marah lebih mudah dilakukan terutama apabila orang yang hendak dimarahi rendah sedikit kedudukannya.

Arus BERTENANG adalah arus "ALPHA" yang diperlukan oleh setiap individu dalm menjalani kehidupannya kerana hanya dengan bertenang, idea-idea bernas dapat dijana dan dikeluarkan dan keputusan terbaik dapat diambil.Secara umumnya,aru "APLHA" benar-benar menjadikan seseorang itu "MANUSIA".

Tenang itu amat berharga.Perkara berharga tentu tidak akan dapat dimiliki dengan bersenag-senang.Kesenangan itu nampak dimata sedangkan tenag dirasai oleh hati.Apabila hati tenang,tempat yang sempit terasa lapang, tetapi apabila hati resah,padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak dengan manusia.

Apabila diri percaya bahawa dia tidak bahagia,hati menjadi gundah-gulana,menjadi resah...minda juga akan mengiakan.Minda yang begini berada dalam pejara kebodohan. Justeru lahirlah cadangan-cadangan yang salah kerana minda hanya mengeluarkan idea-idea yang lebih bernas daripada idea sedia ada.

**P/S : Kepada smua sahabat-sahabiah (UMSKAL) yang disayangi kerna Allah...tenangkan
hatimu dan kuatkan semangatmu untuk meneruskan kehidupan yang masih terlalu
panjang ini...Dont worry!!ALLAH always be
with us!!!!!!!
Tenang2 wat assignment 2,k (sahabat-sahabiah kos
Kewangan Islam)...Cayangg antunna smua!!!!!
Wallahualam..

wasalam...

No comments: