Monday, April 27, 2009

MaLu CeRmiN PerIBaDi...



Setiap wanita dikurniakan dengan sifat malu,kerana sifat wanita tahu menjaga kehormatannya...kerana sifat malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya...dan kerana malu juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu syaitan...

Kini,si wanita sudah hilang malunya kerana hilang MALU itu,TERDEDAHLAH AURATNYA LANTAS KEHORMATAN DIRI TERGADAI...kerana hilang sifat MALUnya,si wanita GAGAL MENILAI APA ITU HARAM DAN APA ITU HALAL...kerana hilang sifat MALUnya,si wanita itu LEMAS DAN HANYUT DENGAN TIPU DAYA NAFSU...

Setiap lelaki juga dikurniakan sifat MALU oleh ALLAH SWT.Kerana sifat MALU si lelaki SENTIASA MENASIHATI DIRI DAN SI WANITA TENTANG BATAS-BATAS SOSIAL PERGAULAN...HALAL dan HARAM ITU SENTIASA BERINGAT-INGAT...kerana MALU juga si lelakiMENJAGA DAN MENDIDIK NAFSUNYA.JANGAN sesekali mengajak si wanita berbuat DOSA,selalu mengingatkannya dengan "TAKUTLAH AKAN ALLAH".

Kini si lelaki sudah hilang sifat MALUnya.Kerana hilang sifat MALU itu,maka SI LELAKI MENGAJAK WANITA UNTUK BERBUAT MUNGKAR...kerana hilang MALUnya si lelaki juga LUPA TENTANG HUKUM ALLAH... dan kerana hilangnya sifat MALUnya juga si lelaki MUNGKIN HILANG TARAF KHALIFAHnya.

Sabda Rasulullah s.a.w.,"SESUNGGUHNYA MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN".
Wahai insan yang bergelar WANITA dan LELAKI,JANGANLAH MENZALIMI DIRI SENDIRI dengan meletakkan MALU bukan pada tempatnya.

* Malulah kepada ALLAH SWT kerana ingkar akan suruhanNYA...
* Malulah kepada Rasulullah s.a.w. kerana meninggalkan Sunnahnya...
* Malulah kerana lupa dan malas membaca Al-Qur'an...
* Malulah kerana melawan kata-kata ibu bapa...
* Malulah atas DOSA YANG SERING DILAKUKAN!!!

~ Maka percayalah bahawa sifat MALU itu akan menyelamatkan kita daripada Fahsyar Walmungkar!!!~

No comments: