Thursday, March 12, 2009

KeTeNanGan PuNcA KeCeMeRLaNgaN......


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Secara psikologi, orang yang gagal mencapai ketenangan dalam hidup apatah lagi pada waktu-waktu dia sewajibnya bertenang,misalnya tatkala berada di sisi keluarga atau hendak membuat sesuatu keputusan-keputusan yang sukar atau relatenya ngan kite (student) time study or wat assignment, waima sedang sembahyang sekalipun menunjukkan dia berada dalam situasi "MANUSIA GAGAL"!!!

Bertenang itu tinggi nilainya. Sebaliknya marah-marah atau gelabah itu besar risikonya.Namun, bukan mudah hendak bertenang pada setiap masa lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan situasi yang mencabar maruah dan keegoan tertentu.Sedangkan untuk marah-marah lebih mudah dilakukan terutama apabila orang yang hendak dimarahi rendah sedikit kedudukannya.

Arus BERTENANG adalah arus "ALPHA" yang diperlukan oleh setiap individu dalm menjalani kehidupannya kerana hanya dengan bertenang, idea-idea bernas dapat dijana dan dikeluarkan dan keputusan terbaik dapat diambil.Secara umumnya,aru "APLHA" benar-benar menjadikan seseorang itu "MANUSIA".

Tenang itu amat berharga.Perkara berharga tentu tidak akan dapat dimiliki dengan bersenag-senang.Kesenangan itu nampak dimata sedangkan tenag dirasai oleh hati.Apabila hati tenang,tempat yang sempit terasa lapang, tetapi apabila hati resah,padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak dengan manusia.

Apabila diri percaya bahawa dia tidak bahagia,hati menjadi gundah-gulana,menjadi resah...minda juga akan mengiakan.Minda yang begini berada dalam pejara kebodohan. Justeru lahirlah cadangan-cadangan yang salah kerana minda hanya mengeluarkan idea-idea yang lebih bernas daripada idea sedia ada.

**P/S : Kepada smua sahabat-sahabiah (UMSKAL) yang disayangi kerna Allah...tenangkan
hatimu dan kuatkan semangatmu untuk meneruskan kehidupan yang masih terlalu
panjang ini...Dont worry!!ALLAH always be
with us!!!!!!!
Tenang2 wat assignment 2,k (sahabat-sahabiah kos
Kewangan Islam)...Cayangg antunna smua!!!!!
Wallahualam..

wasalam...

Friday, March 6, 2009

DimaNa CanTiKnya SeoRanG WaNitA.........???



Wanita adalah insan ciptaan Allah SWT yang memiliki sifat-sifat yang sangat berbeza dengan kaum lelaki...
Perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita ialah dari segi fizikal dan psikologi...
Mereka dicitakan untuk melakukan tugas yang berbeza dimana tugas tersebut amat penting bagi kitaran kehidupan manusia di muka bumi Allah SWT ini..
Sifat lemah lembut...mudah terasa...penyayang...penyabar...dan seumpama dengannya amat sesuai dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka seperti melayani suami...mengasuh anak-anak...serta mengurus rumahtangga...dan banyak lagi...
Malangnya kelembutan wanita, baik dari segi fizikal mahupun spiritualnya telah dikhianati atau dieksploitasikan..
Wanita-wanita Islam juga tidak ketinggalan daripada menjadi daya tarikan dan hiburan...
Mereka terlibat dengan pendedahan aurat,pergaulan bebas dan lain-lain yang akhirnya menjerumus mereka ke lembah kehinaan.
Siapakah yang patut dipersalahkan???!!???
Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri...
Pelbagai seruan juga nasihat mahupun contoh ikutan yang telah disediakan oleh Islam kepada insan yang bergelar wanita agar mereka tidak mudah terjerumus ke kancah kehinaan yang sekaligus merendahkan martabat juga mendapat murka disisi Allah SWT.
Islam telah menggariskan pelbagai tatatertib untuk wanita Islam agar menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut :

=>Menundukkan pandangan.
Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menundukkan
pandangannya."

=>Jangan bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram sehingga bersentuhan kulit
antara satu sama lain.
Seperti dalam Sabda Rasulullah s.a.w. :
" Adalah lebuih baik bagi salah seorang daripada kamu diketuk dengan tukul
besi yang tajam di kepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu
menyentuhnya."
=>Pakaian yg dipakai hendaklah selaras dgn hukum syarak :
1)Pakaian itu tidak tipis sehingga menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita
itu.
2)Pakaian itu tidak ketat.
3)Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki (wanita) dan sebaliknya.
=>Jangan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram dengan memakai bau-bauan,memakai
perhiasan yang tersorok(menggoyangkannya dan memainkannya).
Sperti dalam firman Allah SWT dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
" Dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan ".
Wanita Islam sentiasa menjaga adab-adab kesopanannya.Wanita Islam juga sentiasa menjaga tingkah lakunya,tutur kata juga perbuatannya dengan rasa penuh hormat,sopan dan tegas,dan mengelak diri daripada menunjukkan wajah yang persis seorang wanita yang menggoda.Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang ROSAK AKHLAKNYA!!!!
Begitulah cara wanita Islam mensyukuri nikmat kecantikkan rupa paras dan fizikal yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.Wanita Islam sepanjang masa ketika diluar rumah hendaklah memperlihatkan ciri-ciri yang baik agar menjadi contoh teladan kepada yang lain.