Umar Al-Khattab adalah seorang sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w..Pada suatu masa Nabi Muhammad s.a.w. pernah tinggal seorang di di dalam biliknya selama sebulan.Bilik itu terletak di dalam kawasan Masjib Nabi di Madinah.
Umar pergi melawat Nabi Muhammad s.a.w. di dalm biliknya.Semasa Umar masuk,dia mendapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berehat.Umar meneliti sekitar bilik Nabi Muhammad s.a.w. tersebut dan Umar mendapati di dalam bilik itu ada tiga keping kulit binatang yang sudah disamak.Di suatu sudut pula Umar melihat ada sedikit beras barli.
Apabila Umar melihat keadaan bilik Nabi Muhammad s.a.w. tersebut,tanpa disedari airmatanya perlahan-lahan mengalir di pipinya.Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang duduk bersandar pada bantalnya bertanya kepada sahabat baiknya itu,"Mengapa kamu menangis wahai sahabatku?"
Umar mendapati lagi bahawa bantal yang menjadi alas sandaran Nabi Muhammad s.a.w. diperbuat daripada kulit binatang yang diisi dengan serat-serat kulit pokok kurma.Tikar tempat Baginda berbaring pu diperbuat daripada daun-daun kurma yang dianyam.
Umar menjawab pertanyaan Baginda Rasulullah sebentar tadi,"Bagaimana hati saya tidak sedih...Saya melihat kesan-kesan daun tikar lapik masih berada di belakang badanmu,wahai Rasulullah.Saya sedih melihat keadaan bilik ini.Mudah-mudahan Allah SWT memberi lebih banyak kemudahan kepadamu,wahai Rasulullah."
Kemudian Umar menyambung lagi,"Orang-orang Rumawi dan Parsi tidak menyembah Allah SWT tetapi mempunyai raja-raja yang hidup mewah.Mereka membeina istana-istana indah di tengah-tengah taman dengan anak-anak sungai mengalir di dalamnya.Tetapi engkau...walaupun engkau adalah utusan Allah,kehidupanmu serba miskin".
Rasulullah membalas kata-kata Umar,"Kalau di dunia mereka hidup mewah,keadaaan akan bertukar di akhirat kelak".
"Agama buat kehidupan akhirat,harta buat kehidupan dunia.Di dunia orang tidak
berharta berasa susah hati,tetapi orang yang tidak
beragama akan merasa lebih sengsara di akhirat nanti".
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq-
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment